Friday 1 July 2011

BAB 1

Lima tahun yang lalu, rumah banglo itu penuh dengan kegembiraan dan keceriaan yang diselangi dengan gelak tawa oleh empat beranak itu. Tapi kini rumah banglo itu sunyi sepi seolah-olah tiada siapa yang mendiami. Tiada lagi kedengaran riuh-rendah dari rumah itu. Yang tinggal hanyalah kesunyian yang mencengkam jiwa. Peristiwa pahit yang sukar untuk ditelan.

**********

DYRA melompat turun dari scoot Nouvo kesayangannya. Dia membetulkan beg yang disandangnya dan langkah yang diayun semakin pantas untuk segera ke kantin.
   'Aduh mampuslah aku! Dah lambat ni. Nanti bising pulak mak nenek tu. Kau scoot dan dan nak semput. Cis!' desis hati Dyra.
   Dari jauh Dyra dapat melihat kawannya, Farah. Farah lah teman rapatnya yang memahami dan sentiasa bersabar dengan kerenahnya. Baik hati dan sempoi habis!
   "Hey si gadis ayu, what's up?" soal Dyra setelah melabuhkan punggungnya disisi Farah.
   "Hey awalnya sampai!" sindir Farah sambil merenung muka seposen Dyra itu.
   "Ala sorrylah bukan selalu aku lambat. Scoot aku buat hal. Time nih pulak dia nak semput macam ikan tak cukup oksigen.Sorry" Dyra mengenyitkan mata pada Farah.
   "Nasib baik muka kau comel macam doraemon. Disebabkan kecomelan kau tu aku maafkan kau" gelak Farah.
    "Eishh takpe takpe. Asalkan kau maafkan aku." kata Dyra.
Kedua-dua mereka segera masuk ke kelas kerana mereka punya plan yang harus diselesaikan dengan segera.



   "OKEY you all, I nak you all hantar homework yang semalam I beri . Now!" Cikgu Am duduk sambil menyilang kaki di atas kerusi sambil membetulkan tie yang dipakainya.
   "Aaaaaaaaa...aaaaaaaaa!!!" jeritan lantang Cikgu Am tiba-tiba memecah suasana di dalam kelas tersebut.
Kesemua mata pelajar tingkatan 5 sains 2 tertumpu pada Cikgu Am. Seekor lipas merayap keluar dari beg sandang Cikgu Am. Mata mereka pula terarah pada aksi spontan Cikgu Am yang terjerit-jerit dan kegelian. Ketawa yang ditahan oleh mereka meletus jua akhirnya.


KRINGGGGGGG!!! "Aku masih tak boleh lupa wajah dia masa tu. Terkejut macam kera tak cukup bulu," kata Farah menahan ketawa yang masih bersisa.
   "Alah relaks dulu! Banyak lagi plan kita. Dia tu ikut sedap mulut mahu mengata aku. Ingat aku apa? Kan dah kena dengan Dyra Dania nih. Padan muka!" Dyra tersenyum puas.
   "Dahlah Dyra. Jangan rosakkan mood kau tu. Dia mesti serik punya. Percayalah cakap aku. Baru dia kenal siapa Dyra Dania yang sebenarnya." Farah tersengih nakal.
   "Eh aku balik dulu. Lapar lah. Perut aku nih bermacam-macam lagu dia dah nyanyi. Aku balik dulu ya" Dyra melambai tangan kepada Farah.
   "Bagus jugak la tuu. Aku pun lapar jugak. Bye jumpa esok." Farah juga melambaikan tangannya kepada Dyra.


BEGNYA dicampakkan di atas katil. Dyra bingkas ke tandas dan mengambil wuduk lalu segera menunaikan solat zuhur. Dipanjatkan doanya pada ILAHI.
   Selepas berdoa, Dyra melipat kain telekung dan sejadah. Kemudian melangkah ke katil dan merebahkan tubuh di situ.
   Dyra mencapai teddy kesayangannya, hadiah mama padanya sempena hari lahirnya ke-12. Itulah hadiah terakhir yang diberi oleh mama. Lantas teddy bear itu dipeluk.
   Tatkala memeluk teddy bear itu, kata-kata mama masih terngiang-ngiang di telinga Dyra.
   "Dyra dalam dunia ini kita tak pernah keseorangan. ALLAH sentiasa bersama hamba-NYA. Jika ada sesuatu yang menimpa kita, jangan mudah mengalah pada takdir atau menyalahkan takdir itu kerana ALLAH sentiasa adil pada hamba-NYA. Lagipun ALLAH tidak akan berikan dugaan yang tak mampu kita hadapi. Insya-ALLAH DIA tidak akan menghampakan kita."
    "Mama Dyra rindu mama. Dyra nak peluk mama. Dyra nak cium pipi mam. Mama, Dyra rindu mama sangat." esak Dyra sendirian.

Tuesday 28 June 2011

Dyra Dania, seindah nama, secantik pekerti. Dyra Dania seorang gadis remaja yang tidak pernah mengecap kasih seorang ayah setelah kehilangan ibunya. Perwatakannya yang baik, sopan santun, lemah lembut berubah secara tiba-tiba. Keras kepala, degil, ego, benci terhadap lelaki itulah kata-kata yang selalu dikaitkan dengan gadis ini.

Bulan berganti tahun, kasih yang didambakan tidak pernah dirasai. Dia terkapai-kapai keseorangan. Dia tiada tempat mengadu. Tiada siapa faham akan situasinya. Dia membuat pelbagai telahan dan andaian sendiri. Apa akhirnya nanti?

"Cinta adalah sebuah perasaan sayang kepada seseorang tanpa rasa dipaksa atau terpaksa"

Benarlah, hadirnya cinta tidak di duga. Hadirnya kasih tidak dipinta. Kemunculan Hazriq telah merubah hidup Dyra Dania serta merta. Dia kembali seperti dulu. Pelik !

Apakah Dyra patut akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?'